Hati Mati

Tiada rasa
Tiada resah
Segalanya seperti biasa
Seakan dunia ini Syurga

Ketagihan
Seakan dosa itu memberi ketenangan

Penipuan bermula
Sedang jiwamu tersiksa
Kerana berjauhan
Dari rahmat Tuhan

Dengan kuasaNya
Dia tidak hadirkan
Rasa gelisah dengan dosa
Kerana kau sendiri
Yang mewarnai hati
Dengan warna hitam kelam

Dosa itu
Tidak akan memberi ketenangan
Jauh sekali kebahagiaan
Hanya memberi kegelisahan
Juga ketagihan

Dosa
Menjauhkan diri
Dari rahmat Tuhan

Semoga dilindungi
Dari hati yang mati

Kekalkan Mujahadah, InshaAllah Jannah ;)
Archer Pleasure of God

Comments

Popular posts from this blog

Penawar Luka

Kerinduan Ummat

Hanya Sementara