Posts

Showing posts from September, 2017

Sebagai Seorang Pemelihara KalamNya

Aku berjalan di dalam kepekatan malam. Sambil aku melihat langit. Langit yang kehilangan cahaya bintang. Kegusaran melanda jiwa, ketakutan mula menyiksa, andai hatiku kehilangan cahaya hidayahNya. "Hazirah, dah sampai" Lamunanku pecah. Terus aku keluar dari pintu kereta, dan melangkah ke destinasi kami, kenduri. Tiba-tiba, kesunyian menyinggah suasana. Aku memecahkan kesunyian itu dengan soalan. "Mana kendurinya,ibu?" "Tu.." Ibuku menunding jari ke arah bawah blok. Aku mengangguk sahaja. Lamunanku tadi masih memberi kesan di dalam jiwa. Sedang melangkah, aku terlihat begitu ramai kaum Adam memenuhi kawasan itu. Aku segan. Segan melihat segelintir dari mereka. Kerana segelintir dari mereka adalah pelajar tahfiz. Di bahagian belakang, Kaum Hawa mengisi ruang. Aku terlihat mereka yang indah pakaiannya. Menutup aurat begitu sempurna. Wajah mereka disebalik tabir melindungi kecantikan mereka. Pakaian sunnah menghiasi diri mereka. Ayat suci