Penawar Luka

Aku melangkah lemah
Diiringi harapan yang musnah
Menuju ke suatu kawasan
Untuk aku meluah
Isi hati yang punah

Aku merebahkan diri
Di bawah sebatang pokok ciptaan Ilahi

Aku mendongak ke arah langit yang indah
Kerana langit tidak penah berhenti
Menghubungkan harapan
Harapan yang datangnya dari Tuhan

Ku ukirkan senyuman
Merawat calar kesedihan 
Dengan harapan Dia mendengar rintihan
Rintihan hati yang mengharapkan rahmat Tuhan

Kerana aku tahu
Segala apa yang terjadi
Atas izin Ilahi
Dia tidak pernah membebani
HambaNya yang dikasihi

 Namun aku menyedari 
Ada hikmah yang tersembunyi
Disebalik apa yang dicoretkan
Kepada setiap hambaNya 

Tidak bererti kehidupan ini
Andai tiada 'jentikan' dari Ilahi

Aku pohon Ya Allah
Limpahkan rahmatMu
Yang tidak pernah bertepi

Kekalkan Mujahadah InshaAllah Jannah ;)
Archer Pleasure of God

Comments

Popular posts from this blog

Kerinduan Ummat

Hanya Sementara