Kerinduan Ummat

" Kita jemput pentazkirah kita pada malam ini, Abu bin Ali. Sollu'alannabiy! "


" Sallallahu'ala Muhammad Sallallahu'alaihi wassalam 
Sallallahu'ala Muhammad Sallallahu'alaihi wassalam .."


 Para pelajar berselawat ke atas baginda dengan penuh semangat. Indahnya suasana di dalam surau itu bila mengingati kerinduan umat islam. Tiba-tiba, hati kecil ini berbisik.. 

' Lagi indah jika umat islam berselawat ke atas baginda dengan jiwa yang merindu..'

 Aku tersentap sendiri.

 Adakah umat islam sekarang berselawat dengan jiwa yang sangat merindui baginda? Adakah umat islam sekarang berselawat ke atas baginda dengan jiwa mengharap syafaat dari baginda di akhirat kelak? Atau hanya berselawat di bibir namun di dalam jiwa tiada rasa rindu pada baginda?

 Sedang berqasidah, dengan semangat kita menyebut 

 " Isyfa'lana lana lana.. Ya habibana" 

 Semangat meminta syafaat dari baginda. Namun adakah hati menghayatinya? Adakah hati mengharap sepenuhnya? Atau hanya bibir mengikut rentak qasidah namun hati tidak seperti apa yang bibir kita ucapkan?

 Kita lupa. Kita lupa pengorbanan seorang rasul yang berkorban nyawa demi kebahagiaan umatnya. 
 Kita lupa. Kita lupa pengorbanan seorang rasul yang tidak ingin kita merasai kesakitan, sedang baginda sendiri yang merasainya.
 Kehidupan kita pada hari ini, adalah dari pengorbanan baginda. 

 Baginda sangat berharap untuk bersama kita. Kerana baginda tahu, kita adalah umat akhir zaman yang terdedah dengan hiburan dan kemanisan duniawi. 

Kita tidak merasai pengorbanan baginda menyebarkan Islam. Kita tidak berada di tempat baginda. 

Dibaling batu, dicaci, dihina. Namun, baginda teruskan hanya untuk kebahagiaan umatnya.

Dengan tanpa rasa bersalah, kita membalas pengorbanannya itu dengan dosa. 

Hinanya diri.

Jika baginda berada di sini, pasti baginda menangis.

Melihat diri ini yang penuh dosa

Yang tidak menghiraukan baginda
Yang melupakan baginda
Yang tidak merindui baginda
Yang hanya mengingati baginda bila MaulidurRasul

Sedang baginda sentiasa mengingati dan merindui kita

Walau tidak pernah bersua muka.

Kekalkan Mujahadah InshaAllah Jannah ;)
Archer Pleasure of God

Comments

Popular posts from this blog

Penawar Luka

Hanya Sementara