Kaki kananku melangkah masuk ke dalam rumahNya. Terasa ketenangan yang tak mampu aku beli di mana-mana. Setiap kali aku menjejakkan kaki di rumahNya, itulah yang aku rasa. Ketenangan Aku terus duduk di penjuru surau bersama anggota-anggota yang dibasahi wudhuk. Sementara menunggu azan Asar berkumandang, aku menggapai Al-Quran terjemahan yang berada di dalam rak surau. Dengan lafaz bismillah, aku buka mana-mana muka surat yang aku dapat. Aku tertumpu pada satu ayat suci Ilahi, maksudnya: Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-ankabut : 2 Aku terkesima. Ayat ini cukup menyentapkan hati yang pilu. Aku membaca ayat yang seterusnya : Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta Al-ankabut : 3 Aku menutup kelopak mata,