Al-Quran Mengetuk Pintu Hati

 Kaki kananku melangkah masuk ke dalam rumahNya. Terasa ketenangan yang tak mampu aku beli di mana-mana. Setiap kali aku menjejakkan kaki di rumahNya, itulah yang aku rasa.

Ketenangan

 Aku terus duduk di penjuru surau bersama anggota-anggota yang dibasahi wudhuk. Sementara menunggu azan Asar berkumandang, aku menggapai Al-Quran terjemahan yang berada di dalam rak surau. Dengan lafaz bismillah, aku buka mana-mana muka surat yang aku dapat. Aku tertumpu pada satu ayat suci Ilahi, maksudnya:


Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Al-ankabut : 2



 Aku terkesima. Ayat ini cukup menyentapkan hati yang pilu. Aku membaca ayat yang seterusnya :



Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta

Al-ankabut : 3


  Aku menutup kelopak mata, didapati air mata berderaian di pipi. Rasa kesal menghantui diri. 
Atas apa yang aku lakukan selama ini.

 Aku selalu mempersoal tentang musibah yang menimpa keatasku, 

' Aku dah berdoa sungguh-sungguh. Aku dah solat. Aku dah mengaji. Aku dah berzikir. Kenapa Allah bagi aku musibah?'

' Kenapa Allah tak bagi aku merasa kebahagiaan walau sesaat? Kenapa musibah tidak berhenti menyapa diri? '

' Kenapa aku perlu menanggung musibah ini, sedang aku dah lakukan perintahNya? '

 Persoalan-persoalan inilah yang aku tuturkan semasa menerima musibah atau ujian dariNya, seolah aku merasa diri sudah menjadi hamba yang solehah, tidak mahu merasa ujian dariNya. Sedang masih banyak titik-titik hitam dosa yang melekat di dalam hati. Kerasnya hati mengatakan Tuhan itu tidak adil.

 Dalam solat aku tidak khusyuk. memikirkan hal duniawi yang tak membantu kehidupan di 'sana'. Doa aku tak sungguh-sungguh. Doa ala kadar tapi mulut kata dah berdoa sungguh-sungguh. Zikir aku tak hayati. Hanya di bibir bukan di dalam sanubari. Bibir mengalunkan ayat suci Al-Quran, setiap hari mengahfal ayat -ayatNya, tapi aku tak amal.

 Hinanya aku mengharap keredhaan Ilahi sedang aku tak lakukan perintahNya sehabis baik.
 Hinanya aku merasakan diri sudah menjadi hamba yang baik.

 Hinanya aku bila mengetahui aku sebaliknya.


 Allahu Akbar 
 Allahu Akbar..

Kekalkan Mujahadah InshaAllah Jannah ;)
Archer Pleasure of God

Comments

Popular posts from this blog

Penawar Luka

Kerinduan Ummat

Hanya Sementara